sentiasa bersyukur kepada allah terhadap nikmat dan kurnianya..jangn saling dengki mendengki kerana ia akan membawa kepada perpecahan umat islam

Tuesday 17 May 2016

SABAR MERUPAKAN PERKARA YANG MENYAKITKAN

assalamualaikum kepada pembaca..sudah lama tidak ku jenguk blogku ini..terasa rindu ingin menulis sesuatu..


sabarrr??
apakah yang dimaksudkan dengan sabarrr??
kenapakah kita perlu bersabarrr??


sabar bermaksud kite perlu menahan diri kita daripada menimbulkan sifat marah ataupun menimbulkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita mahupun orang lain ketika berlakunya kesusahan ataupun ujian ataupun musibah.


benarlah kata orang bahawa sabar adalah perkara yang paling menyakitkan. Tetapi sedarkah wahai sahabat handai, dengan bersabar mendatangkan manfaat yang besar dan membina serta memupuk diri kita untuk menjadi lebih berfikiran matang dalam melakukan sesuatu perkara.


seperti contoh ketika kita dilanda musibah yang besar, jangan lah kita sesekali menyalahkan takdir kerana ia akan membuatkan kita tidak percaya dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Allah dengan sengaja menguji kita untuk melihat sejauhmanakah ketakwaan dan kesabaran hambanya dalam menghadapi ujian yang diberi.


Allah tidak menurunkan sesuatu musibah melainkan di dalamnya tersirat seribu hikmah dan nikmat yang jauh lebih baik kepada hambanya yang bersabar.


sabarlah dalam semua aspek. tidak kira jika dilanda musibah mahupun di landa kenikmatan yang merimpah ruah serta khususnya di dalam menunaikan ibadat kepada Allah untuk mendapatkan kenikmatan ketika menunaikan ibadat kepadaNya.


ibadat merupakan perkara yang paling penting dalam mendapatkan keredhaan dan ketakwaan yang tinggi serta mendapatkan rahmat Allah di dalam kehidupan seharian kita. jadi sentiasa bersabar dalam menunaikan ibadat dan tidak perlu tergopoh gapah kerana ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat syaitan..


jadi belajarlah mendidik diri untuk bersabar di dalam setiap perkara kerana ia menatangkan bnyak faedah kepada diri kita mahupun orang lain..


..be happy with your life..